Selamat sejahtera semua pembaca blog saya, ini kali saya tulis dalam versi Balasa Malaysia untuk berkongsi pengalaman sewa skylift saya kepada kontraktor bangunan RHB Bank. Seawal-awal 8am pagi skylift oren saya dah berada di RHB Kulai untuk menunggu customer yang menyewa skylift saya untuk kerja-kerja mengecat bangunan RHB Bank Kulai Johor. Seramai 5 orang perkerja termasuk seorang supervisor untuk kerja ini. Kelihatan pekerja-perkerja bertungkus lumus menyediakan tapak untuk kerja-kerja mengecat. Dengan tidak membuang masa, dua orang pekerja naik ke atas skylift saya untuk kerja-kerja mencuci bangunan sebelum mengecat. Selepas bangunan luar dibersihkan, tibalah masanya untuk kerja-kerja mengecat. Dari bawah kita lihat dia orang mengecat nampak senang saja, tetapi sebenarnya kerja ini adalah sungguh memenatkan. Layer demi layer cat disapukan ke dinding sehingga semua siap dicatkan. Masa pun sudah masuh pukul 5pm, kerja kerja mengecat untuk satu hari pun sudah siap. Perkerja-pekerja pun membuat housekeeping dan saya pun menyimpan skylift saya bersedia untuk pulang.
Johor Skylift For Rent
H/P: 0173288378
Working at Kulai RHB Bank Johor
No comments:
Post a Comment