Tuesday 15 December 2015

Skylift Johor Working at UTM Tree Pruning


Salam sejahtera untuk semua pembaca blog sya. Kali ini saya tulis dalam versi Bahasa Malaysia pula. Sememangnya ramai di antara kita yang berpendapat bahawa kerja memotong/potong pokok adalah suatu kerja yang mudah, namun ia sebenarnya bukan semudah yang kita sangkakan kerana ia memerlukan kemahiran dan teknik supaya tidak berlaku kemalangan yang tidak diingini.
Kali ini kontraktor UTM Johor Bahru telah menyewa/sewa skylift saya untuk kerja memotong/potong pokok. Pokok-pokok itu bukan main besarnya dan tingginya boleh mencecah 20m. Langkah pertama yang menguji kemahiran ialah cara parking skylift supaya tidak terlalu dekat atau di bawah dahan pokok yang cenderung untuk tumbang. Bukan saja cara parking, cara memotong juga menguji kemahiran. Tukang potong kena berada di arah yang bertentangan dengan arah dahan pokok condong supaya dahan itu tidak jatuh menimpa dirinya ataupun skylift yang dinaikinya. Selain daripada itu, tali juga digunakan untuk menarik dahan kayu supaya ia jatuh ke arah yang selamat. Walau bagaimanapun, satu risiko untuk skylift ialah habuk kayu yang masuk boom mungkin akan menyebabkan boom 'jam', jadi adalah menjadi tanggungjawab operator skylift supaya parking skylift dalam jarak yang selamat dan cuba elakkan boom daripada menghala lebih daripada 60 darjah. Sekian, terima kasih untuk kali ini, semoga para pembaca dapat mempelajari sesuatu daripada blog ini.

Skylift Johor for rent
JYS Skylift Services
H/P: 0173288378

No comments:

Post a Comment